akhirnya barulah ada masa nak meng'update n3.walaupun Allah SWT kurniakan dengan masa selama 24 jam tapi rasa cam tak berapa nak cukup.sibuk benarkah kita nie kan..atau bz sungguh sya nie sampai nak jenguk blog seniri pon tak berapa sempat ekkk...
tak kisah lah lama ka baru ka tapi kena jugak meng'update kalau tak bersawang sangat2 lah my cute blog yang tak berapa nak cute sebenarnya hiii..perasan!! actually nak ceciter sikit pasal program sya baru-baru nie tapi sebenarnya tak berapa baru..dua minggu lebih dah!! kalau Datin Rosmah Mansor ada Permata Negara..akak pon ada Permata tapi Permata LINUS...salah satu program di bawah NKRA Pendidikan...LINUS atau kependekannya Literacy & Numeracy Screening..
nak cerita banyak2 sya tak berapa pandai..so jemput ler baca notes kat bawah nie pastu kita layan gambar okeyyy ....
LINUS: Literacy And Numeracy Screening
National
Key Result Areas (NKRA’s) KPM telah menyasarkan bahawa semua
murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas
literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikut pendidikan rendah menjelang
2012. Program ini mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di
sekolah rendah.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggunajawabkan untuk
menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan nemerasi di kalangan murid
sekolah rendah.
Program
LINUS – Numerasi: operasi asas matematik
digubal khusus bagi menangani masalah yang dihadapi murid dalam menguasai
kemahiran asa mengira serta memahami idea matimatik yang mudah dan
mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian.
Kandungan
program telah dipilih dan disusun supaya dapat memberi pengalaman yang cukup
kepada murid untuk membina asas yang kukuh dalam membuat pengiraan dan
seterusnya membolehkan mereka mengikuti pembelajaran matematik dengan lebih
bermakna dan berkesan.
Rasional Program LINUS:
Masalah murid yang tidak mempunayi masalah pembelajaran yang masih
belum menguasai kemahiran asas 3M dengan baik belum dapat diatasi sepenuhnya
walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antaranya:
- Program KIA2M untuk murid Tahun 1 yang mula dilaksanakan pada tahun 2006.
- Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masing-masing.
- Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap 2.
- PROTIM selepas UPSR.
KPM
berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah
literasi dan numerasi dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap1. Perkara ini perlu
diberi perhatian yang serius kerana murid yang tidak menguasai kemahiran asas
3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran
memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
Strategi Pelaksanaan LINUS di Sekolah:
Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan
SABK. Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun, iaitu: Saringan 1 (Mac),
Saringan 2 (Jun), Saringan 3 (September).
Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai
tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun. Program
ini dikendalikan oleh guru BM, Matematik dan Pemulihan. Instrumen dibina dalam
dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI dan BT-BI.
Petikan daripada :
Program Pembelajaran Bersamamu Permata LINUS
tarikh / Hari : 14.06.2012, Khamis
tempat : Taman Perbandaran Pulau Pinang dan Taman Botani Pulau Pinang
(orang biasa kenal dengan nama Taman Belia dan Kebun Bunga gitu..)
(orang biasa kenal dengan nama Taman Belia dan Kebun Bunga gitu..)
anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling
guru pengiring : cikgu sya, cikgu safiza, ustazah fathiyah dan ustaz aziz...
kumpulan sasaran : murid LINUS ( Tahun 1 hingga Tahun 3 )seramai 40 orang
**note : yang kelihatan berpakaian Prasekolah adalah anak2 guru pengiring..pengasuh takder nak jaga depa..tu yang kena bawak sekali :-D
**note : yang kelihatan berpakaian Prasekolah adalah anak2 guru pengiring..pengasuh takder nak jaga depa..tu yang kena bawak sekali :-D
pendaftaran para waris : pengesahan menghantar anak ke sekolah |
kaum ibu dok bersembang tapi risau sebenarnya nak lepas anak pi Penang kan |
ustazah kata ...jangan dok pi mana-mana tau... |
cikgu safiza..semangat!! ustaz jadi kem komander... |
Slot Riadah Riang Ria |
budak2 memang pantang jumpa taman permainan..oleh itu bila ditanya "cikgu..blh main dak?"..pegilah...haaa,apalagi yang ditunggu... |
bila main..tak ingat dah kat ibu nih |
okay..dah2...sesi main2 terakhir. lepas nie nak belajaq pulak.. |
Ayuh Belajar~~ |
depa nie dah cikgu safiza letakkan dalam kumpulan..agak2 nampak macam kumpulan ke tu |
yessss...yang penting semangat untuk belajar |
pemandangan : betapa rajinnya mereka ini...warisan SKKKEDA |
cikgu safiza : dengan penuh perasaan memulakan set induksi... |
punyalah khusyuknya budak nie |
cikgu yang terbaekkk |
nyet2 yang so 'naughty...curik roti Ibrahim |
kat taman mainan nie lah jugak menyedap nak lepak kan |
penuh perasaan bincang jawapan |
moh ler kiter naik keretapi..ronda2 pusing kebun bunga |
dengar arahan ustaz tu... |
antara drama naik keretapi kebun bunga...syoq nye |
pose yang menarik..so sweet |
aris dah letih tapi 'maintain |
barisan depan sibuk nak berposing tapi si ustaz dengan haris tu dok perati nyet2 |
kegirangan yang sukar nak diceritakanlah |
dah abis naik keretapi..la nie kita naik bas balik noo..nak pi Batu Feringghi pulak |
Selesai sudah misi kami ke Pulau Mutiara. akhirnya..perjalanan pulang....harap maaf. memang tak ada sebarang gambar yang cikgu 'snap untuk tatapan anda semua. alasannya semua keletihan..semua cuba nak pejam mata kejap.konon2 nak merehatkan diri lah kononnya..tapi yang menghairankan cikgu..budak2 nie sikit pun tak rasa mengantuk ka..letih ka..rasa nak tidoq sat ka...yang depa tau nak sembang kuat2...lepas tu kacau kawan sana..kacau kawan sini. hummmm...dah namanya pun budak2...asalkan tak keterlaluan dan selamat sudahlah kan...
terima kasih kepada Guru Besar sebab mengizinkan kami melaksanakan program ini..
terima kasih kepada pihak sekolah kerana menyokong program kami..
terima kasih kepada guru-guru pengiring..
terima kasih kepada ibu bapa sebab percaya pada kami...
syukur Alhamdulillah Ya Allah kerana memelihara kami sepanjang kepergian kami..amiin.
seandainya ada editing yang tak berapa molek tu harap dimaafkan sebab dah berhari-hari n3 nie diedit..diedit..diedit..dan taraaaa,inilah hasilnya.
Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment