08 September 2012

selamat ulangtahun sayang

as salam 

Tiada apa yang dapat ku lafazkan selain dari cintaku padamu..tiada lafaz sendu yang terindah yang dapat kugambarkan padamu..bersama janji kita dipadukan seindah rindu yang dirasakan.iringan bayu senja yang bertiup membisikkan cintaku padamu...

Sejiwa
Pada irama ku berpesan lagu ini ditujukan padanya yang tersayang
Kasihku kau pernah dipersia lalu kubawa cintaku sebagai penawarnya
Biar lukamu masih terasa
Sesaat engkau tidak ku temu bulan seakan pilu tiada dapat beradu
Begitu jika engkau membisu badai jauh di lautan tiada ketepian
Sebegitu cintaku padamu
Usahlah cinta dibawa bersama ditenggelami mentari di timur
Gelap gelita tiada bercahaya  ku tiada berdaya

Inginku selalu di sampingmu tiap waktu siang melambai malam
Bagaikan senja denyutan cinta kita penyambung hadirnya

Akan ku bina istana bahagia menjadi lambang kasih berpanjangan
Hentikan airmata pedih kenangan yang mencakar perasaan
Mekarlah bunga cinta seharum wangi kemboja
Mekarlah bunga cinta di taman kita sejiwa

Alhamdulillah..syukur padaMu Ya Allah kerana telah mempertemukan jodoh antara kami berdua..telah dimeterai perhubungan kami dengan lafaz ijab dan kabul pada tarikh ini 10 tahun yang lepas..dah lama rupanya tapi rasa macam baru ajer berkahwin.selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-10 pada kita sayang.terima kasih kerana membahagiakan saya..terima kasih kerana mencintai saya dan saya juga cintakan sayang.semoga janji kita bersama sehingga ke akhir hayat...semoga anak2 kita adalah anak yang soleh/solehah..amiin...
permata hati saye jalan2 @ I-City Shah Alam
permata hati saye jalan2 @ Cameron Highlands


Happy Anniversary My  Dear 'Sayang
forever is a long time but i wouldn't mind spending it by your side..Insya Allah

No comments:

Post a Comment